Adik mengaji di rumah Cik Seri,
Rumah
Cik Seri di Pekan Salak;
Ibu dan bapa harus dihormati,
Agar
mendapat kebahagian kelah.
Pak Haji pergi memancing,
Pinangan
untuk Si Anak Teruna;
Jasa mereka harus dikenang,
Agar
menjadi orang berguna.
Pokok durian daunnya luruh,
Pokok
ditanam di tanah pusaka;
Jangan membantah apabila disuruh,
Sebagai
tanda menghormati mereka.
Pergi ke hulu menaiki sampan,
Sampan
dipenuhi muatan berat;
Mendoakan mereka satu kewajipan;
Untuk
kesejahteraan dunia kewajipan.
Ibu membuat kuih Melaka,
Kuih
dibuat dengan mudah;
Jangan sesekali menyakiti mereka,
Sekali
terluka membawa padah.
Nur
Ain Binti Nasir, 3 RK.
Pemenang
Hadiah Mencipta Pantun Minggu Bahasa.
PANTUN
ADAB
Pokok kelapa dipinggir kota,
Deretan
Ru menambah seri;
Segala adab jangan dilupa,
Agar
tidak memakan diri.
Tanam betik di belakang rumah,
Rumah
berada di pinggir jalan;
Eloklah kita menjaga maruah,
Supaya
tidak dijadikan umpatan.
Buah rambutan buah berangan,
Bila
dimakan terasa manisnya;
Beri salam satu amalanan;
Hidup
kita pasti ceria.
Mak Jemah pergi ke pantai,
Tujuan
ke sana ingin berenan;
Jika ingin disenangi sahabat handai,
Jadilah
orang yang sentiasa tenang.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau
api mana puntungnya;
Guru-guru banyak berbakti,
Haruslah
kita hormatinya.
Nurkilan
Nur Afiqah Binti Azhar, 3 RK.
Pemenang
Hadiah Mencipta Pantun Minggu Bahasa.
PANTUN
BUDI BAHASA
Bunga Melur, Bunga Raya,
Untuk
hiasan dalam istana;
Nilai murni amalan mulia,
Marilah
kita amalkan bersama.
Anak muda pergi menjaja,
Menjaja
sayur dan juga ikan;
Amanahlah kita dalam kerja,
Agar
hidup diberkai Tuhan.
Nelayan tua berkaitan batik,
Pulang
ke pantai ketika senja;
Bertanggungjawab sikap yang baik,
Jadikan
ia amalan kita.
Negeri bernama Cendana Pura,
Rakyat
bersatu negerinya aman;
Ikhlaskan hati dalam setiap perkara,
Agar
dikasihi oleh Tuhan.
Nurkilan Norsyamimi Binti Zamzuri, 3 RK.
Pemenang Hadiah Mencipta Pantun Minggu
Bahasa.
PANTUN
BUDI BAHASA
Apa gunanya berkain batik,
Kalau
tidak dengan sujinya;
Apa guna isteri cantik,
Kalau
tidak dengan budinya.
Sarat perahu muat pinang,
Singgah
berlabuh di Kuala Daik;
Jahat berlaku lagi dikenang,
Inikan
pula budi yang baik.
Anak Angsa mati lemas,
Mati
lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang
budi kerana miskin.
Biarlah orang bertanam buluh,
Mari
kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh,
Mari
kita menanam budi.
Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah
makan adik-beradik;
Jikalau kita bertanam budi,
Orang
yang jahat menjadi baik.
Saya tidak menanam nenas,
Tanam
kepaya dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi
bahasa yang saya cari.
Nukilan Nadia Agila Binti Azmi, 2
Bestari.
Pemenang Hadiah Mencipta Pantun Minggu
Bahasa.
PANTUN BUDI BAHASA
Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup
subur di tengah laman;
Sopan kata jangan dilupa;
Budi
yang elok kita amalkan.
Dayung sampan membawa padi,
Guni
dipikul pemuda sasa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi
darjat kerana bahasa.
Berkawan sambil tolong menolong,
Jangan
menolong sewenang-wenang;
Hidup sentiasa bergotong-royong,
Kerja
susah menjadi senang.
Pergi ke kedai membeli betik,
Singgah
sebentar di Pekan Tanjong;
Jika kita berbuat baik,
Budi
bahasa sentiasa disanjung.
Mentari menyinar di siang hari,
Burung
berterbangan mencari makan;
Berbuat baik setiap hari,
Budi
bahasa jangan dilupakan.
Pergi ke kedai membeli alas,
Alas
dibeli di kedai Mak Ita;
Jika berbudi hendaklah ikhlas,
Mohon
dan maaf harap dipinta.
Norazlin Binti Mazlan, 4 Ekonomi.
Pemenang Hadiah Mencipta Pantun Minggu
Bahasa.
PANTUN BUDI BAHASA
Pergi belayar di Tasik Chini,
Ikan
di air berenang-renang;
Dalam kehidupan hendaklah berbudi;
Supaya hidup sentiasa dikenang.
Supaya hidup sentiasa dikenang.
Bintang berkelipan di malam hari,
Bumi
berputar pada paksinya;
Janganlah kita selalu membenci,
Kerana
budi bahasa amalan kita.
Pergi ke kedai membeli roti,
Roti
dibeli di kedai Cik Hawa;
Berbudi bahasa amalan terpuji,
Semoga
hidup sentiasa sejahtera.
Bunga Kenanga, Bunga Dahlia,
Bunga
Mawar cantik berseri;
Senyuman manis hati gembira,
Berbudi
bahasa amat disanjungi.
Hati senang ketawa girang,
Burung
Merpati berterbangan-terbangan;
Berbuat baik hidup senang,
Budi
bahasa jadikan pegangan.
Nurkilan Nur Alia Sabila Binti Musa, 4
Ekonomi.
Pemenang Hadiah Mencipta Pantun Minggu
Bahasa.
PANTUN BUDI BAHASA
Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh
ke lubuk Inderagiri;
Jika mahu dihornat orang,
Haruslah
baik sahsiah diri.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak
menjerat kancil dan musa;
Tanamkan tekat niat yang baik,
Agar
cemerlang anak bangsa.
Hari malam gelap-gelita,
Ditemani
bintang yang berkelipan;
Ilmu itu suatu pelita,
Sebagai
bekalan di masa depan.
Tuan Haji memakai jubah,
Singgah
sembahyang di tepi lorong;
Sikap buruk perlu diubah,
Jadikan
hati sebagai pendorong.
Banjaran Titiwangsa gagah perkasa,
Gagah
menyokong negara Malaysia;
Bahasa Melayu penghubung kita,
Santun berbahasa
melambangkan bangsa.
Nurkilan Norfazlin Binti Hazim, 4 Sains.
Pemenang Hadiah Mencipta Pantun Minggu
Bahasa.
1 comment:
merit casino - yay dave lewetter - XN - Yay dave lewetter
Merit Casino merited, yay kadangpintar dave lewetter. 【ziaonline casino】 【ziaonline casino】 【bayview casino】 【wonderhow to win the jackpots】 【wonderhow to win the jackpots】 【bayview 메리트 카지노 쿠폰 casino】 】 【whitepost】 바카라 【wonderhow to win
Post a Comment