Aku Cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis itu, aku ambil 50 sen dari poket ayah. Petang itu, pulang sahaja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dnding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa
ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa yang kelaparan.
Aku langsung tidak berdaya menentang
renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, Cuma tunduk memandang lantai.
“Baik, kalau
tak mengaku dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk
melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba,
adik menangkap tangan ayah kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “saya yang
ambil”.
Belum sempat adik menarik nafas
selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walaupun menahan
sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok
di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.
Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”.
Malam itu, emak dan aku tal
lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat di penuhi calar-balar cuba
kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi
kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan iru, aku meraung sekuat
hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya.
Tahun bersilih
ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahan aku bagaikan baharu semalam
berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula
ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya
lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata. “Zah,
kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran, abang bangga sekali”.
“Tapi apalah maknanya bang...!”. Aku
terdengar ibu teresak-esak.
‘Di mana kita nak cari duit
membiayai mereka?” ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di
depan ayah dan ibu.
“Ayah, saya tak mau ke sekolah lagi!”.
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnta dan merenung
wajah emak, kemudian wajah adik sedalam-dalamnya.
Pannnngggg... sebuah penampar
singgah di pipi adik, seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka
dan menangis.
“Kenapa kamu ni?. Tau tak, kalau
ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau
tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan”, aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan... biarlah kakak
yang berhenti”. Tiada siapa yang menyangka dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersama beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat. “Kak, untuk
dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang
buat kakak”.
Apa lagi yang aku tahu selain
meraung, ayah termenung jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu
petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa. “Ada pemuda kampung
tunggu kau kat luar”
“Pemuda
kampung” bisikku.
“Siapa...”
tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian
comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang”.
Sambil
tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan
kawan-kawan akak kata kalau mereka tau saya adik kakak?”. Jantungku terasa
berhenti berdenyut mendengar jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar air
jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas berbutir pasir dan tompokan simen pada
pakaian adik.
Dalam
suara antara dengar dan tidak, aku bersuara”. Akak tak peduli apa otang lain
kata”. “Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak”. Aku kaku. Sepatah kata pun
tidak terucap oleh diriku. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku
yang tidak dapat ditahan-tahan.
Tamat
semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat
tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. Lalu aku berkata, “emak,
tak payahlah kerja teruk-teruk besihkan rumah menyambut kepulangan saya”.
Lantas emak menjawab, “adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis
tangannya luka-luka.
Aku
menerpa ke biliknya. Cantik senyuman adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?”, aku
bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak...
akak tau, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen
jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa
tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. Apalagi... aku
menangis seperti selalu.
Aku
sudah berkahwin pada usiaku 27 tahun. Suamiku seorang usahawam telah menawarkan
jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang
lain nanti kak”. Kata adik.
“Adik
takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada”, sambung
adik.
“Adik
tak ke sekolah kerana kakak,” kata ku memujuk.
“Kenapa
sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik
terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada
majlis perkahwinannya dengan seorang gadis kampung, juruacara majlis bertanya,
“ siapakah orang yang paling anda
sayangi?”.
Spontan
adik menjawab, “selain emak, kakak saya..” katanya lantas menveritakan suatu
kisah yang langsung tidak ku ingat.
“Semasa
sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu
hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah,
kakak membuka kasutnya dan memberikan kepada saya. Dia berjalan dengan sebelah
kasut. Sampai di rumah, saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri, saya akan lakukan
apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila”.
Sebaik
adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh
sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Hasil karya: Aiman Nurbaya Binti Asri, 3
RK.
1 comment:
Hai takdo update ko blog ni....?
Post a Comment